Jam menunjukkan pukul 4.45 petang.
"Macam mana jualan?" tanya papanda."Boleh laaa. Alhamdulillah laku jugak tudung hoodie yang mama jual tu. Ahli perwakilan pun ramai yang beli"
Trafik semakin perlahan. Di kota London ni, tak usah cerita tentang bilangan keretanya, kita kiralah bilangan lampu isyaratnya serta simpang empatnya yang selang beberapa meter pun sudah memadai untuk menjelaskan kenapa kereta-kereta beratur dari bumper ke bumper.
Wuuuuuu, bayangkan jarak antara hall dengan masjid tu 3 batu je. Tapi hanya kerana lampu isyarat yang berlambak!!! Jammed bagai nak rak. Rak pun taknak jam (eh?) Tambahan pula, waktu tu la orang habis kerja. Memang padu lah jam nya.
Tiba di masjid pada jam 5.40 petang.
"YES ! Finally awal pun aku datang kali ni" kata hati.Kelas mula pukul 6, habis pukul 8. Alamak, tak solat asar lagi.
Berlarilah saya ke musolla muslimah yang berada di tingkat bawah bersebelahan dengan bangunan kelas. Sampai-sampai ;
SORRY, THE WUDHU' SECTION IS NOW CLOSED. PLEASE PROCEED TO THE NEXT MUSOLLA BY TAKING THE STAIRS BEHIND THE MOSQUEHuwaaa, okay takpa, sod ba ro, sod ba ro.
Naik tangga, tak jumpa tempat amik wudhuk. Tanya seorang nenek from Africa, hmm.... tak faham inggeris. Nasib baik ada aunty comel dengan anak-anak dia yang faham English. Dia pun baru sampai dan tak tahu dekat mana nak amik wudhuk. Kami bersama-sama mencari.
"Sorry sisters, but you have to take the stairs on the first floor at the other building, and you`ll find a toilet. Remember, its on the first floor!"Ingatkan pergi dengan aunty comel tadi, sekali kena pergi sorang-sorang. Okaayy, takpa.
Naik tangga, tiba-tiba turun lah acik from belah-belah Africa tadi.
"SubhanAllah" menggunakan isyarat tangan, beliau memberitahu saya yang beliau pun lost.Saya turut menggunakan isyarat tangan "Come" dan beliau ikut saya dari belakang. Tua orangnya, bertudung labuh sesangat sangat labuh berwarna ungu gelap.
Buka pintu, ambil lorong kiri, terus berjalan, usha pintu ke pintu mencari jalan menuju ke tandas. Yang hanya keluar dari mulut nenek African tadi hanyalah
"SubhanAllah, Allahukabar, LaailahaillAllah"Bila bukak pintu lain, dan masih tak jumpa tandas, pasti beliau akan sebut
"Astaghfirullahalazim"Isyarat tangannya memberitahu saya, "Teruskan mencari, cu. Teruskan, teruskan".
Tiba-tiba ternampak papan tanda "Toilets",
"Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!" lafaz nenek tadi.Saya dalam keadaan ingin cepat, kalau boleh hendak sepantas-pantas kilat, harus menunggu nenek ini kerana takut beliau tidak larat untuk teruskan perjalanannya. Namun kakinya masih gagah berjalan bersama saya.
Jumpa saja dengan sinki, terus saya ambil wudhuk. Pandai-pandailah jadi gimnastik nak selesaikan wudhuknya. Sementara nenek tadi masuk ke tandas dan di bibirnya masih beristighfar walaupun di dalam tandas. Saya pun keliru, tapi Wallahualambissawwab.
Habis saja saya berwudhuk, keluarlah nenek itu. Dibukakan pintu untuknya, dan beliau keluar dahulu. Kami berjalan bersama-sama menuju keluar dari bangunan. On the way, boleh pula nenek tadi tunjukkan gambar para syeikh yang digantungkan di dinding sambil melafazkan
"SubhanAllah, subhanAllah"Wuwuwuwuwuw, nak lajuuuuuu. Okay, takpa, tunggu sekejap untuk nenek ni. Bukan apa, takut beliau tak jumpa jalan keluar. Alhamdulillah, hanya kerana Allah permudahkan, sekejap je dia tengok gambar-gambar tu.
Dibukakan lagi pintu terakhir sebelum kami menuruni tangga untuk keluar. Wakakaka, saya memang dah laju dulu. Saya nak bagitahu nenek tu saya nak segera ke kelas, tapi taktahu nak cakap bahasa apa. Jadi terpaksalah saya tunggu beliau. Heee, takpa. Tapi ceritanya susah betul kami tak dapat nak berkomunikasi bersama dan yang menjadi bahan percakapan antara kami berdua, hanyalah zikrullah.
Alhamdulillah, semua itu memakan masa dalam 20 minit. Saya ingatkan dah jam 6 petang, tapi Alhamdulillah baru 5.50 petang. Keluar sahaja dari bangunan itu, saya terus ke musolla dan melaksanakan solat Asar. Tepat jam 6 petang segala yang wajib terlaksana. Masa untuk ke kelas :D
Excited kemain sebab kali ni saya tiba tepat pada masanya. Tiba di kelas asal,
SORRY WE HAVE MOVED TO ROOM 217 ON THE SECOND FLOOR.Pulak dah. Hahhaahhahaahhhahahahahahahaha huiii sabar jelah.
Nasib baik masa tu jumpa rakan-rakan sekelas.
Kami pun tercari-cari kelas 217 tu di mana. Rupa-rupanya di bangunan yang saya ambil wudhuk tadi. Hahahahahahahahaahaaha ok.
Takpalah. Hehe, sekurang-kurangnya saya dah cuba untuk datang awal. Namun masih lambat 10 minit. Takpa, ada hikmahnya. One good experience.
Good experience nya yang dengan nenek African tadi. Tak perlu berbicara dan kerana Islam, saya berani mempercayai dia, dan dia berani mempercayai saya untuk membimbingnya mencari tandas bersama-sama. Nampak macam ekeleh cari toilet je pun, tapi bagi saya ini satu pengalaman yang mempunyai pelbagai ibrah :) Ini semua berlaku hanya kerana Allah dan syukur yang amat kerana Dia telah mempermudahkan komunikasi antara kami berdua.
SubhanAllah.
No comments:
Post a Comment