MapleStory - Orange Mushroom

Monday, 20 April 2015

Perlahan-lahanlah.

Kita pesan orang, tapi kita tak buat.

Sebab tu bila kita pesan orang berdhuha, kita kena dhuha sekali. Kalau tak, tak adil la. Pemimpin suruh, tapi pemimpin tak buat. 

Kita suruh orang amalkan sunnah nabi, tapi kita tak buat.. kalau tak mampu buat, buat yang simple2 dah la. Baca doa sebelum dan selepas makan, makan duduk, minum duduk, buat apa2 sebut bismillah, ikhlaskan niat kerana Allah. cakap senang, tapi kita pun tak buat.

Contoh lain, daripada cakap OMG cuba cakap SubhanAllah. daripada cakap wow, cuba cakap SubhanAllah. daripada cakap yay! , cuba cakap Alhamdulillah. daripada mengeluh, cuba sebut Astaghfirullahalazim. daripada nak memaki, cuba bawa istighfar, cuba sebut LaailahaillAllah. Cakap senang, tapi kita pun tak buat. Takpa, perlahan-lahan. One step at a time.

Kita tengok orang lain macam kita dah bagus. Kita tarbiyyah orang lain kasar-kasar, kita lontarkan kata-kata dah tak fikir perasaan orang. "Buat apa nak pikir perasaan orang dah buat maksiat?" WOIII jangan buat macam kita dah maksum. Semaksum-maksum Nabi dan para Rasul pun tak macam kita. Malah dengan penuh tertib dan kasih sayang. 

Kita suruh orang tutup aurat, tapi kita pun masih pakai ketat-ketat. Tembak diri sendiri je lah. Doa lah sama Allah permudahkan segala perbuatan kita supaya lagi senang nak berubah.

Kita nak orang lain berubah, tapi kita pun tak berubah lagi. Sekali lagi, doa. Mungkin alasan kita tak diterima oleh rakan-rakan sekeliling. Mungkin Allah lebih mengetahui bila waktu yang terbaik. Berubah ni bukan benda yang senang. Berapa kali nak peringat suruh istiqamah? 

Kita nak kawan kita rendahkan ego, tapi kita?

 PFFFFFTTTTTT. 

Rasa best barangkali menang perlawanan secara telepati. Kuat pula tu telepatinya. Masing-masing taknak mengalah. Rindu, tapi ego? Harapkan doa yang kita kirimkan kepada dia menerusi pertolongan Allah. Tapi takda usaha? 

Kalau nak bagi makan ego, sampai bila nak kenyang?

Kita tahu istiqamah tu susah, tapi masih malas. rebah. tewas. pebenda? dah tahu susah, tabahkanlah hati, kuatkan lah semangat!

Kita nak orang bersangka baik, tapi kita tak pernah bersangka baik sama? Dengan sebab yang tak munasabah, kita berburuk sangka dengan orang lain, tapi ada harapan untuk orang bersangka baik pada kita. pebenda?

Kita nasihat orang lain untuk "Bersabarlah!" , "Kuat semangatlah!" , "Positif la bro", tapi kita? Uji sikit, jatuh. Uji sikit, mengadu kat manusia. Jujur, aku dah tak nampak faedah mengadu pada manusia. Sekadar membebaskan diri daripada mengumpul perasaan dalam sebuah balang je lah. Dan sekadar dapat nasihat sikit. Baik mengadu dekat Allah je. Allah lagi tahu apa nak buat.

Kita taknak orang judge kita by our looks atau pencapaian kita. Tapi kita? Tengok terbuka aurat sikit, terus "Tak lama ah dia ni" terus "Alaaaaaaaa malas ah nak bergaul dengan orang macam ni" terus tutup pintu kita untuk berbaik dengan mereka. Tengok muka macam tak pandai je budak ni. Terus "kawan dengan dia dapat apa eh?" terus "buang masa je kawan dengan orang yang kurang ilmu ni". Tuh, macam dah bagus sangat tuh.

Minda tu kasi BUKAK sikit. Eh jangan. 

Silap silap. 

Bukak, LUAS LUAS. 

Aku tembak diri sendiri saja. Aku tak keluarkan semua aib diri, setakat benda-benda common je. Benda yang ekeleh, semua orang buat. Aku sedar aku kena belajar daripada setiap kesilapan. Aku dah lama tak tikam perut sendiri. Nak ingatkan diri sendiri masih hina. Masih jahil. Masih perlukan sokongan para sahabat. Nak buang ego yang menggunung. 

Aku harap aku boleh berubah lah.
Sebab diri masih lemah, tapi bajet kuat. 

Tu yang tak jalan. 
tapi Iman aku pesan,
Perlahan-lahan. 

Moga Allah bantu aku bangun. Moga Allah setuju. Allahummaamin.


No comments:

Post a Comment