MapleStory - Orange Mushroom

Friday, 8 May 2015

Cemana nak ingat Allah selalu?

Bismillahirrahmanirrahim,

SubhanALLAH, bersyukurlah anda masih ada iman untuk tertanya-tanya cara untuk sentiasa ingat Allah.




Semua penulisan saya adalah berdasarkan pengalaman yang telah saya amalkan dan insyaALLAH, bermanfaat untuk kegunaan orang ramai.


Pada pendapat saya, cara nak ingat Allah adalah melalui formula simple ni ;



Solat 5 waktu + Rajin berbasmalah + Amalkan sunnatullah = Semua benda kita tengok akan ingat Allah

Tahu kan yang setiap orang ada cara belajar masing-masing? Cara belajar kita tu kan antara alternatif kita mengingati sesuatu ilmu kan? Jadi saya ingin kaitkan perbezaan cara kita belajar dengan cara kita nak ingat Allah yang mempunyai persamaannya. Ada tiga bahagian bagi cara seseorang itu belajar iaitu :
  1. I remember what I see / read
  2. I remember best when I physically do something
  3. I remember what I hear
Jadi sudah jelas bukan cara kita untuk mengingati Allah?

Jika anda seorang pelajar daripada golongan pertama, anda ingat apa yang anda nampak dan apa yang anda baca. Maka, apabila anda nampak sesuatu, SELALU kaitkan dengan KUASA ALLAH. Contoh paling basic, bangun tidur terus ke bilik mandi dan nampak diri anda di hadapan cermin maka Ingatlah kepada Allah dan terus bersyukur = "Aku bersyukur dapat satu lagi hari untuk bertaubat". 

Walaupun anda sedang memandu ya, anda mampu membaca papan tanda ke mana destinasi yang anda ingin tuju. Jika anda pandai dan ingat untuk kaitkannya dengan KUASA ALLAH, maka sesimple-simple itu pun anda masih akan lakukannya. Mampu untuk membaca papan tanda itu sudah satu kuasa ALLAH kerana anda dapat melihat. Kemudian, lupakah anda untuk berdoa agar anda selamat sampai ke destinasi anda? Jika lupa terus berdoa. Jika lupa jangan terus hina diri, tapi bersyukurlah kerana kita masih ingat untuk berdoa.

Pastu keluar rumah pulak nampak SEMUA benda yang berkait dengan Allah. Tengok pokok, langit, awan, kereta, rumah jiran, rumput, bunga, jalan, kasut, baju yang anda pakai, tangan, jari tangan, badan, kaki, refleksi muka anda sendiri, semua tu bukan = ALLAH ke? Mestilah kan :)




Seterusnya jika anda seorang pelajar daripada golongan kedua, anda ingat apabila anda melakukan sesuatu secara fizikal. Maka, apabila anda buat sesuatu, SELALU kaitkan dengan KUASA ALLAH. Contoh yang akan bantu anda selalu ingat pada Allah adalah bernafas. Benda yang anda lakukan setiap hari. Maka jika anda bernafas dan anda masih boleh lupa Allah, beristighfarlah. 

Secara peribadinya, saya suka contoh yang saya pelajari sendiri daripada pengalaman saya berada di dapur. Semasa memasak pun boleh ingat Allah, jika kita orang-orang yang sentiasa mengingatiNya. Terkena minyak panas je teringat neraka Allah. Peringat juga pada diri betapa berpuluh kali ganda panasnya api neraka berbanding 'percikkan' minyak panas tadi. Pastu kalau nak tuangkan kuah dari kuali ke mangkuk, mesti ingat dekat Allah betapa bersyukurnya kita, kuah tadi tak tumpah ke meja / melimpah kena kat kaki ke tangan ke... Kalau tumpah? Kena lap satu hal, injured pun satu hal. Jadi, bersyukur dan beringatlah pada Dia.

Manakala jikalau anda seorang pelajar daripada golongan ketiga, anda ingat apa sahaja yang anda dengar. Maka, apabila anda mendengar sesuatu, SELALU kaitkan dengan KUASA ALLAH. Bersyukurlah anda apabila anda dapat mendengar dengan baik, kerana anda merupakan golongan yang melalui pendengaran, anda boleh ingat lebih daripada anda melihat (bukan takyah bersyukur ada mata, kena bersyukur jugak ya!) Jadi rajin-rajinkanlah diri untuk muat turun lagu-lagu atau nashid yang berkaitan dengan Islam dan yang memperingatkan kita pada ALLAH. Ketepikan ego dan nafsu, tidak perlu fikir apa orang bakal kata pada playlist yang kita dengar, yang penting ia membantu kita untuk sentiasa mengingati Allah SWT. Buat tau !




Kalau kita diberi 'peluang' untuk mendengar orang mengumpat atau mengutuk orang lain. Kaitkanlah dengan KUASA ALLAH. Kerana kita mendengar, jadi kita kena ingat Allah LAGI mendengar. Ingat KUASA ALLAH apabila kita mendengar orang mengumpat, apa balasannya di sana nanti. Tak payah cerita la pasal si pengumpat yang balasannya kena makan daging saudara yang diumpat tu! Nauzubillahiminzaalik. Ingat Allah mendengar jauh lebih teliti daripada apa yang kita dengar. Maka jika kita mendengar umpatan orang, pesanlah pada diri untuk menghindari apa yang kita dengar serta yakinlah!Yang Maha Mendengar itu, dengar apa yang ada di hati kita. Jadi sudah tentu beruntung kan orang-orang yang selalu mengingatiNya? :)





Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa mengingati ALLAH SWT itu tiada alasan untuk tidak melakukannya. Kerana segala apa yang kita tengok, baca, buat dan dengar, SEMUAnya berkaitan dengan KUASA ALLAH. Mereka yang mengingati Allah juga mendapat pelbagai manfaat malah hidup mereka lebih tenang kerana mempercayai segalanya berlaku hanya kerana ALLAH swt. Indah kan? Jadi jika kita berusaha untuk mengingati-Nya, sudah tentu ALLAH akan bantu. Saya pernah ditegur iman, 
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau sayang maka sentiasa ingat, kalau lupa maka sudah alpa. Salahkan diri tidak mantapkan iman, salahkan diri kasi kalah sama syaitan.
Kalau hendak selalu ingat pada Allah, maka kata kunci tak kira pelajar daripada golongan mana pun anda, harus kaitkan segalanya dengan KUASA ALLAH. Kerana tanpa kuasaNya, APA pun takkan jadi. Seperti tanpa KUASA ALLAH, tiadalah jari jemari saya dan tanpa anggota ini habis mesej apa pun takkan sampai kepada para pembaca. Paling best tentang mengingati Allah ini adalah seperti firman Allah SWT di dalam Al Quran ;



SubhanAllah, kawan-kawan, Allah ingat kita bila kita ingat Allah. Sesungguhnya, tak rugi langsung bila kita rindu pada Allah kerana kita tahu Allah juga ingat pada kita. Bayangkan, nak tidur ingat Allah, nak bangun ingat Allah, nak gosok gigi ingat Allah, nak berhadas ingat Allah, nak mandi ingat Allah, nak pakai baju ingat Allah, nak sarapan ingat Allah, habis sarapan ingat Allah, nak duduk ingat Allah, nak baring ingat Allah, nak tengok tv ingat Allah dan apabila macam-macam lagi yang kita buat kita ingat Allah, lebih akrablah hubungan kita dengan Allah. Sama-sama kita bersyukur kerana Allah belum tarik lagi nikmat iman sebesar zarah yang ada dalam diri kita sampai setahap di mana kita ingin berusaha untuk sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah.




Saya harap entri kali ini membantu anda yang sering tertanya-tanya bagaimana hendak sentiasa mengingati Allah SWT dan sama-samalah kita mengamalkan apa yang sudah kita ketahui. 

Wallahualambissawab.




Moga Allah setuju. AllahummaAmin. 


2 comments:

  1. kalau kita mahu memperhatikan secara saksama sebenarnya Alat yang digunakan untuk mengingat ialah minda.Bukan hati(liver)atau jantung(heart)Lets try!

    When remembering Allah, there should not be any form, shape, writing, sound, light, colour and others in our mind. All these are not Allah but rather they are creations. Remembering Allah is like remembering one’s name. You do not visualise yourself nor spell your name in your mind whenever someone calls you. Instead, you will respond to the call immediately. Hence when remembering Allah, you must not visualise Him nor spell His name. Just remember Him as you remember yourself (when someone called you). Allah had commanded that there is nothing whatsoever like Him and that no vision can grasp Him.75 In short, He is the Unseen God.76
    In order to have the remembrance of Allah all the times in our mind, we must first clear our mind of all impurities. A corrupted mind hindered the spiritual enhancement of the mind. As the Holy Prophet had said that in the body of the children of Adam there is this organ and if this organ is well so too will be the owner and this is organ is the heart (mind). To clear the mind of all impurities, do the following:
    1. Closed both eyes and (with your eyes closed) focus both eyes internally in the direction of the mind. Having done that, try to pull the eyelids apart. You will find that the eyelids are stuck. This shows that your eyes are now internally focused. Your eyes which are internally focused are sometime refers to as the mental eyes.
    2. Now using your mind read the whole of verses (in the Quran) of Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas and Al Fatihah once mentally. If after reading these verses your mental eyes denote that your mind still is not clear and empty then repeat the reading of these verses (mentally) until your mental eyes note that your mind is now clear or empty.
    3. Once your mind is clear or empty, place the remembrance of Allah or remember Allah promptly in your mind and then focus your mental eyes to it.
    4. Remain focused as long as you can. If you continue practicing this, the remembrance of Allah is entrenched in your mind.
    5. Once your mental eyes are focused at the remembrance of Allah in your mind, slowly open your eyes but at the same time maintain your mental eyes focusing at the remembrance of Allah in your mind. Your mental eyes should not be distracted in any way whatsoever with what your eyes are seeing. Practice this until you are able to do so.
    Once you are able to maintain your mental eyes focusing at the remembrance of Allah in your mind with your eyes open, you should then practice alternating it with your eyes closed. Alternate it for about 10 minutes each. If you continue this practice, ultimately your mental eyes are capable of focusing at the remembrance Allah with your eyes close or open all the time. Maintaining the remembrance of Allah in your mind is just like a lighted candle. Make sure it is alight all the time because everytime it is extinguished Satans will romp your mind.
    Now with your mental eyes you are able to see externally “The Little Essence” encompassing all and the same time you are also able to focus mentally at the remembrance of Allah in your mind. This is the station of “Ihsan” which Prophet Muhammad (pbuh) had said:
    Pray as if you see Allah otherwise know that He is seeing you.77

    75 Al An’aam (6):103; Asy Syura (42):11; Al Ikhlas (112):4

    sumber:gnosticman.org

    ReplyDelete
  2. SubhanAllah, syukran for the extra sharing you have commented Azam! May Allah bless :D

    ReplyDelete