Meskipun sudah hari keenam kita beraya, namun tak dapat aku rasakan raya seperti mana tahun-tahun sebelum ini. Barangkali asbab usia aku yang sedang meningkat.
Ya, mungkin baru 18, tetapi mungkin angka itu, angka yang sudah cukup matang untuk diriku.
Tahun ini beraya di kota London, mungkin nampak gah di mata dan hati penduduk Malaysia. Tapi pada mata hati aku, sekadar beraya di negeri orang. Di negeri sendiri lebih terasa indah. Tapi apakan daya? Aku terima rezekiku dapat merasa beraya di sini.
Barangkali kelainan yang kurasa ini kerana kurang sihatnya kedua orang nendaku. Sorang yang berada di IJN sekarang dan seorang lagi sedang beraya dalam keadaan sakit tak berupaya.
Barangkali kerana aku rindu akan perjalanan jauh yang mengambil masa dua hingga lima jam perjalanan dari KL ke Bidor dan dari Bidor ke Pulau Pinang. Rindu dapat tidur pada bahagian belakang kereta, dapat merasa syoknya tidur bersandarkan pintu kereta dalam dakapan kasih sayang kedua ibu bapaku yang duduk pada bahagian depan kereta.
Namun, aku tetap bersyukur. Masih cukup setiap ahli keluargaku untuk aku beraya bersama walaupun di tempat asing. Aku bersyukur kerana masih ada kedua tangan ibu bapaku untukku hulurkan tanganku memohon kemaafaan. Masih ada kedua belah pipi kedua orang tuaku untuk aku cium, bukti cintaku pada mereka.
Alhamdulillah wa syukurillah.
Mungkin sudah terlambat untuk aku ucapkan selamat tinggal pada Ramadhan, tetapi aku masih ingin luahkan perasaan rinduku terhadapnya. Berikut adalah entri yang sepatutnya diterbitkan pada 1 Syawal hari itu. Namun tidak berkesempatan atas sebab kesempitan waktu.
"Bismillahirrahmanirrahim.
SubhanAllah, post terakhir ana sebelum ini adalah pada 17 Jun iaitu hampir sebulan yang lepas. Namun, dalam sekelip mata, 17 Julai bakal tiba dalam dua hari lagi. Dan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku dalam masa dua hari yang akan datang cuma kita minta yang terbaik sahajalah daripada yang Maha Pemberi.
Sebulan sudahpun berlalu. Aku juga masih dalam kebingungan untuk memilih dalam soal perasaan. Perasaan yang bercampur-baur sudah semestinya mula menakluk hatiku yang dulu rindukan Ramadhan, kini tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Bahagiakah aku Ramadhan meninggalkan aku dan Syawal pula muncul tiba?
Ramadhan,
Tahun ini, aku bersyukur pada Ilahi kerana memberiku peluang untuk bertemu denganmu.
Bertemu, kemudian berkenalan semula denganmu.
Berkenalan semula, kemudian berpacaran denganmu.
Sepanjang kita berpacaran, engkau telah memberikanku segala kebaikan
Yang takkan pernah dapat aku bayangkan kebesarannya.
Yang takkan pernah dapat aku perolehi jika berpacaran dengan bulan-bulan lain.
Yang takkan pernah dapat aku perolehi jika berpacaran dengan bulan-bulan lain.
Layakkah aku beraya? Bersuka ria?
Tak perlu tanya orang lain,
"How was your Ramadhan?"
Yang penting, tanya dulu diri sendiri. Cukupkah amalan yang telah dikerjakan? Jangan pernah rasa cukup dengan amalan kita sebagai manusia biasa kerana sememangnya takkan permah cukup!"
Terhenti di situ.
Sebak, aku tak mampu fikir betapa rindunya aku dengan Ramadhan. Suasananya, subhanAllah. Tenang, tenang dan tenang.
Peluang pada bulan yang termulia itu, AllahuAkbar.
Pelbagai peluang sama ada tahu atau tidak, sama ada sedar atau tidak, sama ada nampak atau tidak.
Alhamdulillah, cita-citaku untuk mendapatkan bulan Ramadhan yang bermakna, tercapai jua. Aku seperti cemburu dengan orang ramai diluar sana yang telah melakukan yang lebih baik daripadaku bahkan menjadi murid yang mungkin lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di Pondok Ramadhan Al Mubarak untuk sesi 2015.
Tetapi cukuplah bagiku, dapat merasa melaksanakan solat terawih walaupun 11 rakaat sahaja, tapi
Its not much, but its a whole lot to me :)
Sekian.
Sedang ayahanda dan bonda dalam flight pulang ke tanah air, aku doakan selamat perjalanan mereka.

Alhamdulillah!!Aku diberi peluang oleh Allah SWT untuk merasa nikmat melaksanakan ibadah sunat itu dengan keluargaku yang tercinta, cukup setiap 5 orang daripada kami. Alhamdulillah.
Its not much, but its a whole lot to me :)
Sekian.
Sedang ayahanda dan bonda dalam flight pulang ke tanah air, aku doakan selamat perjalanan mereka.
No comments:
Post a Comment