MapleStory - Orange Mushroom

Wednesday, 17 June 2015

Marhaban Ya Ramadhan

"Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, Ramadhan tiba,
Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Yaaa Ramadhan ! " 
 Alhamdulillahirabbil Alamin, Wassolatuwassolamu`ala asyrafil anbiya iwalmursalin, wa'ala aliihi wasahbihi ajma'in.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!

k hambar.
Alhamdulillah, Allah telah panjangkan umur kita bersama untuk sampai ke bulan Ramadhan, dan pada malam ini, bermulalah solat terawikh yang pertama, sahur yang pertama dan esok, insyaAllah puasa pada hari yang pertama :D

Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk mempunyai pengalaman menjalankan ibadah puasa di negara orang dan insyaAllah jika dipanjangkan umur, dapat merasa beraya di sini. Puasa lebih kurang 18 jam bermula pada 2.40 masuknya Subuh, dan azan Mahgrib berkumandang pada jam 9.23pm. Panjangnya siang, pendeknya malam.


Semalam, ustaz ada pesan, 
"Takpalah kita puasa lebih panjang sikit daripada biasa, tak perlu fikir panjangnya siang tapi fikirlah panjangnya masa kita untuk beribadah pada Allah".
Sohih habis. 

Tah, hati berdebar-debar nak jumpa dengan Ramadhan esok. Malam ni dah start terawikh dan kalau boleh nak sangat terawikh di sebuah masjid. Tapi takpa, terawikh dengan family pun best, okaayy! Sebab ramai lagi insan di luar sana yang nak terawih dengan family, tapi jauh dari pandangan namun dekat di hati #eh. InsyaAllah, looking forward untuk berjemaah di EM (Education Malaysia) jumaat malam nanti, senang satu family boleh gi terawikh :D 




Debaran hati tak habis lagi, serious. Excited + bersyukur + takut + penuh harapan semua ada aaaa. Al maklumlah, mixed feelings kata orang putih. Mestilah excited sebab nak berpuasa, mestilah bersyukur sebab dipanjangkan umur bertemu Ramadhan, mestilah takut sebab segala apa yang buruk kita lakukan nanti sebenarnya diri kita sendiri, bukan salah godaan syaitan ke hape. Tapi most of all, hatiku sekarang berazam dengan penuh harapan, Ramadhan kali ni, bertambah bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah !

Banyak sebenarnya pesanan buat diri yang diterima untuk memuliakan lagi bulan Ramadhan dan mengurangkan amalan sia-sia yang menghakis pahala berpuasa kita. Antara pesanannya ialah 
"kurangkan main laman sosial, hiburan, tidur yang lama, berbuat perkara sia-sia, kurangkan bercakap kosong, kurangkan tidur yang lama, kurangkan mengumpat.mengata manusia lain kerana semua itu hanyalah perkara sia-sia yang nyata"
"Banyakkan ibadat tidak kira masa. Andai sahaja kamu tahu akan ganjaran di bulan Ramadhan, pasti kamu mahu semua bulan sebagai bulan Ramadhan"
"Setiap kali lepas solat jangan tinggal Al Quran, Tasbih Fatimah, Selawat, Zikir kepada Allah dan Berdoa untuk seluruh Alam" 
"Juga jangan tinggal solat-solat sunat. Banyakkan solat dhuha di pagi hari. Jangan tidur selepas sahur dan subuh, begitu juga dengan solat sunat tahajud, jangan kamu tinggal walau satu malam. Solatlah 2 rakaat tahajud sebelum kamu menunaikan makan sahur"
Dan macam-macam lagi pesanan yang mungkin kata Nafsu, tak mampu untuk melakukannya tetapi mungkin Azam turut berkata "Aku Boleh!". Sungguh, Ramadhan kali ini, sama-sama kita berazam untuk mencapai azam-azam yang tak pernah tercapai. Ingin juga kita bersama-sama berusaha sedaya upaya melawan nafsu serakah seperti menonton tv, tidur lama-lama, baca novel yang tah apa2, tengok wayang ke apa-apa yang sesungguhnya sia-sia dan melalaikan. InsyaAllah, mohon doakan ana yang masih lemah ini.



Akhir kata, saya juga ingin memohon maaf atas segala salah silap yang telah dilakukan sepanjang mem-blogging ni dan selama mana you and I berkenalan. I also pray that if you`ve been hurt or offended by anything i have said or done that you`d find it in your heart to forgive me. May this arriving Ramadhan bring us all clarity and peace of mind, insyaAllah. 

Ramadhan Kareem to all of you out there, and lets make the most out of this year`s Ramadhan ! 




No comments:

Post a Comment