MapleStory - Orange Mushroom

Wednesday, 20 July 2016

Tali Iman

Ya Rabbi berhabuk blog ni *coughs*

Sorry *coughs* tak dapat nak update blog *coughs* setelah se *coughs* tahun lamanya *coughs really hard*

Anyway, I found a draft that was meant to be posted in May 2015 tapi tak post sebab... Segan. Hahaha so here it is !

IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

One morning, the whole class was studying in tranquility. Tapi di blok tingkatan satu dan dua yang bersebelahan dengan blok tingkatan empat, bising bagai nak rak. Bersuka ria hingga lupa dunia. 
"Weh cepat! Siapa rasa kuat iman, tolong kami cepat, cepat!"
BWP panggil. 

Takda orang nak bangun time tu. Nak tolong, tak kuat iman. Nak bangun, takut bajet kuat iman pulak. 
"AAAAAAAAAAAAAAAAA, LEPASKAN LAH AKU. AKU TAU LA NAK JALAN CEMANA. AKU MANUSIA. LEPAS LAH LEPAS LAH"


Dari tingkat tiga kelas atas berdepan dengan kelas kami. Siapa yang tak takut masa tu? Budak lelaki pun takda yang bangun. Taktahu lah taknak bangun sebab yang kena tu budak perempuan atau pun taknak bangun sebab... wallahualam.
"CEPAT LAAAA!! TINGKATAN 4 TOLONG LAH KAMI !"
kena ghiau lagi. gila ah time tu taktau nak pegi ke tak. nak kata rapat dengan junior yang kena tu tak jugak. tapi sebab budak batch sendiri minta tolong, takkan tak tolong?

Naik tangga pun hati berdebar bagai nak gugur. Semua senyap sambil laju je hentakkan kaki nak naik tangga. Masing-masing fikir nak buat apa, 

nak baca surah apa.

Sampai dekat tempat kejadian, ada lah lebih kurang 15 orang jaga budak yang kena tu. 5 je seingat memori di minda yang berani pegang budaktu. Kami yang baru naik kelas tu, taktahu nak buat apa. Exco Puteri arahkan, "Kita pindahkan budak ni dekat kelas 4 D******! Kelas tu insyaAllah panaslah musuh kita ni" Sebab selalunya kelas tu tempat nak memulihkan pelajar pun. 

Hampir seluruh koridor tingkat tu keluar kelas untuk menyaksikan kejadian. 15 orang yang keliling tadi berkurangan. Masuk kelas masing-masing, terkedu barangkali. 

Nak pindahkan budaktu bukannya senang. Dia meronta-ronta. Memekak. Memaki. Sampai kat kelas 4 Dayang (bukan nama sebenar), 5 orang yang memegang bertambah lagi 5. Panas sungguh badan mangsa. Masing-masing fikir nak tolong kawan. 
"WOI TAK FAHAM BAHASA KE? LEPASKAN TANGAN AKULAH. AKU DAH BESAR AKU TAU LA NAK JALAN."
Memang taklah nak lepaskan. Kalau lepas, apa jadi kat kami yang memegang dia ni? 6 pegang budaktu, 4 lagi baca surah-surah sekuat hati, dengan penuh keyakinan Allah nak tolong kami. Yang pegang pun baca jugak. Berpegang tangan, berteguhkan akidah, berlandaskan ayat-ayat Allah, masa tu tolong dan buat apa yang termampu saja. 

Persoalannya : Mana pergi cikgu-cikgu? 

Jujur, ana tak ingatla masa tu macam mana. Rasanya esok tu exam, kemudian hari kejadian kami dapat study leave. Ke masa tu takda cikgu. Wallahualam, tak ingat. Kebetulan pula, para cikgu tengah meeting besar-besaran rasanya. Rasanya lah. Tak berapa ingat. Tapi ada je student yang sukarela pegi tolong panggilkan cikgu, cuma tak balik-balik jumpa kami.

Siapa-siapa yang bawak phone pagi tu, semua pakat pasang segala surah yang ada dalam phone. Kelas 4 Dayang kebetulan takda orang, semua pergi lab. Bercampur segala ayat-ayat Allah dalam ruangan bilik tu, semua yang ada pada tempat kejadian, kuatkan semangat dan teruskan melawan "benda" tu dengan keyakinan pada Allah. 
"Asal kau masuk badan budak ni ha? Kesiankan lah dia, kau tinggalkan dia tolonglah!"
"EH, AKU NAK JAGA DIA. ADA ORANG KACAU DIA. KAU ORANG TAK PAYAH LAH MENYIBUK. TUTUP LAH PHONE TU, MEMEKAK JE"

SubhanAllah. 

Lampu terang benderang, tingkap kelas semua dibuka. 
"Tolong lah. tinggalkan dia kalau kau sayang dia"
"SEBAB AKU SAYANGLAH AKU NAK JAGA DIA !! BLAH LA"

Dalam ramai-ramai yang pegang budaktu, semua ditepis, kemudian budak tu berdiri atas kerusi, merasa diri gah lebih tinggi daripada orang lain.
"EH KORANG, KALAU TAK NAMPAK BENDA TU, BAGI AKU JE SETTLE. BENDA KAT KELAS 1 ******I TU ASYIK KACAU BUDAK NI. DAH TEPI"
"Dia" lompat turun daripada kerusi tadi. Lagak jalannya tak seperti budak yang kami kenali. Sedap je jalan keluar dari kelas ingin menuju ke kelas asalnya. 

Ramai-ramai kami tarik dia kembali ke tempat duduk. Kuat sungguh dia tolak kitorang. Masa tu rasa macam kalau ada tali pancing tu rasa macam nak ikat je budak tu dekat kerusi tu sebab kekuatan 'dia' tolak kitorang yang pegang tu, kuat tak terkata. Dah tak boleh ikat, pegang lah ramai-ramai. 

Jadi, tali iman lah tali paling kuat masa tu.

Ayat-ayat Allah tak diberhentikan malah dipasang semaksima mungkin. Tekak-tekak kami pula tak henti melaungkan ayat-ayatNya. Lidah kami basah dengan zikrullah, hati kami......... Allah saja yang tahu.

Merah mata budaktu. Panas badannya. 

Tak lama kemudian, dia diam. Tapi merenung ke lantai. Bila ditanya, tak dijawab. Bila dipegang, ditepis. 

Salah seorang rakan kami yang tiba-tiba teringat satu episod Expose Mistik di Oasis yang ditontonnya di kaca tv tentang cara-cara untuk mengubati 'si sakit' pun cuba step yang paling basic. Dia mengurut ibu jari kaki budaktu, tarik perlahan-lahan untuk keluarkan 'benda' tu. Katanya dekat ibu jari la makhluk halus masuk dan keluar selain daripada pusat.
"WOI SAKIT LAH"
Kami abaikan 'benda' tu. Rakan kami tu terus memicit-micit ibu jari kaki mangsa. Alhamdulillah, keadaan reda selepas bacaan ayat-ayat Allah diteruskan. Wallahualam apa jadi dekat 'benda' tu. Yang penting budaktu kembali sedar dan badan dia sangat lemah sebab telah digunakan oleh makhluk tu. Kesian masyaAllah.  

Alhamdulillah student yang volunteer tak balik-balik tadi akhirnya kembali kepada kami sekali dengan ibu bapa budaktu. Dia dibawa pulang ke rumah tak silap ana. Kami pun balik ke kelas dan menjalani hari tersebut seperti biasa. 

Pengajaran post kali ni :

Kita mestilah mengingati Allah pada ketika waktu senang mahupun susah. Allah dah tegur awal-awal dalam Al Quran, Allah kata ; 


41:51
Malay
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar. (41:51)

Bersuka ria ni, ada tahapnya dan ada batasnya. Jangan sampai lupa diri. Jangan sampai kawan dekat kelas sebelah kena rasuk, kita boleh main kad UNO dekat kelas sendiri. Jangan sedang kawan kita menangis teresak-esak, kita bergelak ketawa depan dia. Jadi manusia kena ada hati perut, kena guna akal, kena ingat untuk fikir perasaan orang. Kalau kawan sekolah pun tak boleh nak tolong, macam mana nak tolong saudara seagama kita kat luar sana? 

Jadi kalau kita tak boleh nak tolong mereka dengan tenaga yang ada, tolonglah dengan sekurang-kurangnya berdoa dan beradab.

Ingat, kita tolong orang, kira kita tolong agama Allah. Kita tolong agama Allah, Allah tolong kita. Dan pertolongan Allah itu jauh lebih sempurna daripada pertolongan sesiapapun :)

p/s : cerita ini tiada tokok tambah, hanya ditulis berdasarkan apa yang masih segar diminda dan berdasarkan perbincangan sesama saksi-saksi kejadian. yang buruk datang dari kami, dan yang baik datang dari Allah SWT. Sama-sama kita mengambil ibrah daripada pengalaman kami. 

Wallahualambissawab.






No comments:

Post a Comment