"Cikgu Azlina yang ajar BM kan?""Haaa la, sains takda homework kan"
"Oh sorry, sorry, aku selalu confuse. Kita kan ada dua cikgu nama Azlina""Yeyeye, dah siap belum?"
"Japgi aku check dalam beg aku, lupa lah Rin aku siap ke tak? hehehe""cam nenek ah kau ni"
Syaidatul pandang ke langit membelek fail-fail memorinya, tah siap ke tidak. Mereka berdua meneruskan perjalanan dari kantin menuju ke kelas. Syai dan Rina bukanlah teman akrab tetapi mereka merupakan teman sekelas dan itulah topik yang sering dibicarakan setiap kali bersua. Bukan tidak ada benda untuk disembangkan, cuma Rina tahu Syai ini tertib orangnya, homework memang selalu siap walaupun penyakit lupa si Syai mengalahkan neneknya.
Tiba sahaja di kelas, Syaidatul membuka begnya untuk memeriksa sama ada kerja yang diberikan Cikgu Azlina itu sudah siap atau belum.
"Rin! Aku dah siap daaaaahh homework tu. Kenapa kau tanya ?""Alhamdulillah, siap seperti yang kusangkakan. Mai la nak pinjam!"
"Cis! Takda usaha langsung nak buat sendiri. Nasib baik aku baik. Nah" marah Syai dan memberi bukunya kepada Rin dengan penuh geram."Thank you Syai. Jasamu kukenang. Maaflah cik akak tak payah la serious-serious. Nanti aku belanja ais krim okay?" pujuk Rina.
*Krrrrrrriiiiiiiiiiiiiinnnnnggggggg* Loceng berdering menandakan tamatnya waktu rehat.
"Alamak alamak, tak siap lagi ni. Takpa beb, teruskan perjuangan kau meniru!" bisik Rina di hati.
Rakan sekelasnya yang lain sudah mula bersiap sedia untuk kelas BM seterusnya. Mereka semua sudah siapkan kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Azlina seminggu sebelum tarikh hantar kerana takut akan garangnya guru Bahasa Malaysia mereka. Kecuali si Rina, yang pemalas dia lain macam dan perangainya yang tak makan saman walaupun pernah didenda menari lagu Chicken Dance di hadapan kelas.
Rina gagah menulis jawapan kepada soalan-soalan di dalam bukunya walaupun tangannya sudah kebas dan sakit akibat tekanan dan kelajuan menulis pada masa yang sama.
"Aaaasaaaallaamualaikuuuum dan selamat paaaagiii, Cikgu Azliinaaa" nyanyi / ucap selamat ketua kelas 6 Usaha, Umar.Gaya jalan si guru nampak ceria lain macam hari ini. Hairan dibuatnya para pelajar dalam kelas.
"Waalaikumussalam anak-anakku yang tercinta. Haaa. duduklah, tunggu apa lagi tu :)"Pelik sungguh Cikgu Azlina pagi ni. Buang tabiat ke apa? Ke sudah berbadan dua?
"Baiklah, harini, cikgu dah rancang awal-awal hendak membincangkan latihan yang cikgu bagi haritu sebagai kerja rumah. Tolong keluarkan dan letak atas meja masing-masing. Cikgu nak ronda ni" arah Cikgu Azlina.
Aneh tak terkata melihat geligat guru mereka pada pagi itu. Selalunya serious saja Cikgu kalau masuk kelas. Harini....... ish peliklah!
"Mampuslahhhh aku tak siap tiru lagi ni!" cuak si Rina.Cikgu pun ronda punya ronda, tiba di tempat Syaidatul tiada buku diatas mejanya.
"Ha, mana buku kamu Syaidatul?" tanya Cikgu Azlina dengan penuh kasih sayang yang jarang sungguh dibelai dalam kelas itu. Kalau melibatkan Syai ni, guru mereka kurang barannya kerana yakin dengan tingkah laku anak muridnya seorang ini memang senantiasa menyenangkan hati.
"Dah siap, Cikgu! Tapi Rina pinj....""Nah cikgu buku Syai! Dia tertinggal kat meja saya tadi" sampuk Rina tah dari mana.
Cikgu Azlina hanya menjeling kepada Rina kerana dia tahu yang sebenarnya bukan lah yang diperkatakan si Rina. Dia lebih kenal setiap anak muridnya di dalam kelas itu dan dia mengesyaki sesuatu yang buruk cuma hanya kerana tiada bukti, Cikgu terus memulakan perbincangan.
Semua murid di dalam kelas disoal seorang demi seorang. Dan apabila tiba giliran Rina, jawapannya salah kemudian Cikgu Azlina meminta Syai untuk menjawab soalan yang sama dan jawapannya juga salah. Secara kebetulan, hanya mereka berdua yang salah untuk soalan itu sedangkan rakan sekelas mereka semuanya memberikan jawapan yang betul.
"Yang betul, duduk. Yang salah berdiri, macam biasalah :)"Seramai 28 pelajar duduk serentak kecuali Syai dan Rina. Dua-dua tertunduk malu.
"Ish Syai ni kan, kerja je siap tapi bukannya betul pun!" kata hati Rin.
"Alamak cemana boleh salah eh? Aku lupa nak check ke? Mesti Rin marah aku. Tapi alahai, bukan salah aku, dia tiru aku, nasib la kan" kata Syai pada dirinya.
Cikgu Azlina yang berbaju kurung hijau, bertudungkan shawl chiffon dan bertumit tinggi itu berjalan dari belakang kelas hingga ke hadapan kelas untuk menyemak buku mereka berdua.
Izhar halqi !!
(Jelas nyata dan terang hehehe)
Ada orang meniru kerana terlalu jelas setiap jawapan dalam buku masing-masing sama. Yang membezakan hanyalah tulisan yang kemas dan kaki ayam. Confirm ah yang tulisan kemas tu yang memberi tiru dan yang bertulisan kaki ayam itu yang meniru.
"Mengaku la cepat. " berhentinya di situ.Kelas 6 Usaha diisi dengan bunyi bisikan para pelajar di dalamnya yang masing-masing memikirkan
apa maksud cikgu mereka yang berkelakuan aneh pagi itu.
"SPOIL LA!" terkam Cikgu Azlina yang sangat pantang jika dapat tahu ada di antara muridnya tidak jujur dan ikhlas dalam menuntut ilmu.( Haaa, kan dah terspeaking Manglish = Melayu + English )
Syai dan Rin hanya berdiri terpaku, terdiam, terpancang tegak akibat ditengking guru mereka.
"Astaghfirullahalazim. Aztaghfirullahalazim. Aztaghfirullahalazim."(Eh terbuat korang istighfar pula, free pahala hikhik)
"Okay, takpa kalau takda di antara kamu berdua yang nak mengaku apa kesalahan yang kamu dah buat. Takpa, meh cikgu ceritakan kepada satu kelas apa yang cikgu nampak." ujar guru itu dengan tenang selepas beristighfar.
"Baiklah kelas, antara dua orang ini, salah satu daripada mereka telah MENIRU dan MEMBERI
TIRU atas kerja rumah yang cikgu bagi DUA MINGGU LEPASSSSS. Cikgu tahu siapa yang meniru dan siapa yang memberi tiru tapi tak perlu cikgu bagitau siapa cukuplah bagi kamu semua BELAJAR JANGAN SESEKALI ULANG BENDA MACAM NI"
"Ingatlah, betapa PANTANGNYA saya bila ada yang tak bersungguh-sungguh dan tak ikhlas dalam menuntut ilmu. Cikgu tak kisah kamu salah jawapan, sebab membuat kesilapan adalah proses pembelajaran. Tapi cikgu cukup MENYAMPAH dengan orang yang BODOH SOMBONG. Dahlah tak siap, tak tahu buat, lepastu tak nak tanya dan siap ada hati! nak meniru kerja orang lain. Yang memberi tiru pulak, tak sayang kawan. Taknak berjaya sama-sama dengan kawan"
"Ingat murid-muridku, dalam menuntut ilmu perlu ada kesungguhan dan keikhlasan. Jangan jadi orang yang bodoh sombong iaitu orang yang tidak tahu, dan tidak ingin tahu (tidak bertanya) kemudian berlagak tahu. Dan ingatlah, nak berjaya biar sama-sama. Kita ajar kawan kita, jangan kita biarkan dia dalam ketidaktahuan. Ingat!"
Haaaaaa, percuma kena ceramah budak-budak tu.
--------
Selepas makan pada malam itu, Rina pergi ke bilik tidur ayahnya untuk mengadu tentang apa yang terjadi hari ini. Biasalah manjanya seorang anak perempuan tunggal memang mesranya lebih erat dengan si bapa. Hendak pula dalam enam adik beradiknya, yang lima itu abang-abang belaka.
"Pa, harini Rin kena tengking lagi dengan cikgu tak guna tu!"mengadu budak umur lima belas tahun itu."Siapa ajar Rin kurang ajar macam ni? Kalau namanya cikgu, takda langsung istilah tak guna. Sebab Cikgu lah you bakal berjaya nanti. Tapi macam ni ke nak berjaya kalau dengan cikgu pun you biadab?" tegur ayah.
Diam Rin dibuatnya, tertunduk ke bumi sambil menggaru-garu tangannya yang tidak gatal.
"Hey girl, look me in the eyes and tell me what did you do?" belai ayah.
"Rin tak buat apa pun, Rin tiru dua tiga soalan je daripada buku Syai. Pastu kantoi pastu cikgu membebel sampai kelas BM habis. Kecoh ah!" sembur Rin."Wooooo, what did I say about being rude? Macam ni lah, dengar cakap papa elok-elok. You kalau nak berjaya you kenalah tahan peritnya belajar. Kalau you tak tahan peritnya belajar, in the future, you takkan tahan peritnya bodoh. Remember that." nasihat ayah sambil mengusap rambut Rin yang panjang.
Rin diam tak faham. Tanpa mengatakan apa-apa, dia terus mencium kedua belah pipi ayahnya dan ibunya yang berada di ruang tamu. Kemudian dia kembali ke bilik tidurnya dengan mata yang berkaca kerana tidak boleh lupa apa yang cikgu katakan hari ini.
Dia pelik kenapa kali ini, dia terasa sungguh dengan apa yang Cikgu Azlina katakan. Terngiang-ngiang istilah bodoh sombong dalam kepalanya. Dia tidak mahu menjadi orang yang dikatakan lalu tertidur dalam tangisan suamnya.
---------
Pada pagi keesokan harinya, Rin dan Syai tak bertegur sapa. Syaidatul nak sungguh mulakan bicara tapi Rin seperti mengelak.
Dia mula risau apa yang dibisikkan hatinya kelmarin mungkin ada benarnya. Munking Rin memang marahkannya kerana memberi jawapan yang salah.
Manakala si Rin pula, malu sungguh hendak berdepan dengan Syai. Dia malu kerana dia mula sedar yang dia ada sifat bodoh sombong dan mula rasa tidak layak bergaul dengan orang pandai seperti Syai.
"Rin! Kau nak keluarkan apa dari tanah yang kau tenung tu? Kau bukannya ada power nak tumbuhkan bunga tanpa menanam. Apa masalah di minda tu kawan?" tanya seorang pelajar yang tinggi dan bertudung labuh.
Boleh tahan lama Rina mengambil masa untuk menjawab pertanyaan Farahin, rakan se-van sekolahnya.
"Entahlah, Pa'in. First time aku tak boleh lupa apa cikgu cakap semalam. Aku tiba-tiba rasa nak berubah." mengaku Rina.
Lega Farahin bila mendengar rakannya hendak berubah dan dia tiba-tiba rasa tak sabar hendak membimbing rakannya itu.
"Alhamdulillah kau nak berubah. So amacam? Perlukan tangan untuk tarik kau naik selepas jatuh walaupun tak tersungkur lagi? Baru kena marah dengan cikgu. Lembut juga eh hati kau ni Rin. Haritu kena kutip sampah sambil jalan itik kat sepanjang koridor blok B, kau tak macam ni pun?" tawar dan sindir si Farahin.
"Ish nak kena budak ni," niat Rina.
----------
Sepanjang pagi hingga selepas rehat, Rina diam di dalam kelas. Bercakap bila perlu, dan masanya tidak dibuang dengan borak kosong tetapi dia sibuk menulis.
Syai intai dari jauh,
"Dia tengah tulis apa tu? Takkan siapkan homework kot?"
*Kkkrrrrriiiiiinnnngggggg* Loceng berdering menandakan waktu subjek Bahasa Inggeris sudah tamat. Masa untuk subjek Pendidikan Islam.
"Aaaasaaaallaamualaikuuuum warahmatullllaaaahhhi wabarakaaatuuuuhhh, Ustazahh Mazlinaaaa" nyanyi Umar dan kemudian diikuti rakan sekelas.
Ustazah Mazlina, guru kegemaran Rina walaupun subjek yang diajar guru itu, kurang diminatinya. Rina amat senang apabila bersua dengan Ustazah di sekolah. Dia tertarik dengan cara pemakaian Ustazah yang bukan sahaja menutup aurat tetapi betul-betul mengikut sunnah dan syariat Islam.
Ustazah menjadi idola kepada Rina dari pelbagai aspek bermula dari pada cara pemakaian, tuturannya yang berbudi bahasa, lemah lembutnya ketika mengajar dan sifatnya yang istimewa iaitu jarang sekali memarahi pelajar-pelajarnya (Itu yang Rina suka sangat tu hahaha)
"Waalaikumussalam warahmatullahiwabaraktuh. Kaifa haluk, ya tāliib?""Alhamdulillah, nahnu bi khoir ya muâllimah!"
Dialog yang sudah menjadi rutin setiap kali mereka ada kelas Pendidikan Islam. Pada mulanya Ustazah Mazlina speaking Arab, semua seperti kekok tetapi lama kelamaan pelajar-pelajar semakin minat untuk speaking especially bila kena test sikit dengan Ustazah.
"Alhamdulillah, mumtaz! Aiwah, come let's start our lesson with Al Fãtihah. Bismillahiraahmanirrahim, Alhamdulillah irrabil Alamin....."Selepas selesai membaca surah Al Fatihah, maka ustazah pun terus mengajar topik pada hari itu iaitu Tilawah Al Quran.
"Okay antum bukak buku teks masing-masing halaman 26. Siapa boleh bagitau saya surah apa tu?"Berebut-rebut para pelajar hendak menjawab. Masing-masing angkat tangan dengan muka eksaited kemain dengan harapan Ustazah nak pilih di antara mereka untuk menjawab.
Tapi Ustazah barangkali lebih tertarik dengan orang yang tak memberikan fokus di dalam kelas. Orang yang merenung ke luar jendela gitu haaaaa. Rina la, siapa lagi?
*Knock*Knock*
Ustazah ketuk lembut meja Rina.
"Surah apa tu Rin?"
"Hah? Surah apa? Muka Surat berapa Sazah Omey?" pikat si Rina.
"Alhamdulillah, kembali sedar. Enti pi mana tadi? Kot laaa dah sampai bulan" perli Ustazah.Geli hati Rina. Dia ingat lawak ?
"Ha'ah Ustazah, dah on the way sebenarnya. Baru pakai seat belt dalam rocket. Dah nak terbang dah. Eh sorry-sorry, dah bukak dah halaman 26 sebenarnya. Apa soalan Ustazah tadi?"
Eh tak lawak lah, Rin.
Astaghfirullahalazim, sabar Na, sabar. Budak ni bukan nak test hang pun! Husnuzon beb - dalam hati Ustazah.
"Arina Aisyah, enti boleh bercita-cita hingga ke bulan. Tapi terbang hingga ke bulan takdak ilmu pun tak boleh jugakkk. Saya tanya, tu surah apa tu dekat page yang depan muka enti tu?"Tercari-cari si Rina di mana tertulisnya nama surah itu dalam jawi. Almaklumlah, dia tak reti baca yang versi Arab. Bila agak-agak tulisan arab tu macam jawapannya, dia pun tunjuk perlahan-lahan dekat tulisan tu dan cuba baca dengan harapan Sazah Omey menolongnya.
"Kalau enti taktahu mengaku ja sayang. Takpa eh kalau taktau. Salah yang enti tunjuk tu, ni ha sebelah kiri atas ni la nama surahnya. Okay kelas, surah pada halaman ni adalah Surah Az-Zumar, iaitu Surah ke 39 dalam Al Quran, diturunkan di Mekah dan mengandungi 75 ayat. Tapi la ni kita bukan nak mengaji sampai 75 ayat semua dan dan. Kita tengok ayat ke-9 dalam surah ini Allah Ta'ala berfirman, mafhumnya :
"Katakanlah (wahai Muhammad) apakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."
"Sazah, sazah, sazah! Nak tanyaaaaa nak tanya!" amboi kemain semangat ingin tahu budak ni.
"Tafaddhol, Hafiz"
"Kan maksud ayat tu Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran kan? Maksudnya siapa yang tak belajar, tak berakal lah?"
"Bagus soalan enta, Hafiz. Tapi bukan macam tu ya. Manusia memang diberi akal fikiran, semua orang ada akal. Jadi maksudnya di sini, siapa yang menerima pelajaran, dan belajar, maka dia orang yang berakal in terms of ada akai la.
Ada akai = ada ilmu = perbuatan pun macam orang berilmu.
Sebab orang kalau takdak ilmu, perbuatan depa pun macam orang takdak ilmu. Bila perangai lagu tu, orang ibaratkan seperti, takdak akai. Faham?" jelas Ustazah.
"Jadi penting lah kan kawan-kawan untuk kita menuntut ilmu?" ajak Maisarah dengan rakan sekelasnya.
Rina sambung mengelamun keluar jendela. Dia masih mendengar perbincangan dalam kelas cuma dia masih memikir-mikirkan apa yang Cikgu Azlina katakan padanya semalam. Bukan lah direct padanya, malahan Cikgu tegur satu kelas. Cuma iyalah, siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya, kan?
Rina keluar dari alam pemikirannya.
Jam menunjukkan pukul 1.30pm, menandakan tamatnya sesi persekolahan pada hari itu.
----------
It's been 1 year and 7 days since I last opened this.
I never finished this story.
I won't finish it, I guess.
"orang yang bodoh sombong iaitu orang yang tidak tahu, dan tidak ingin tahu (tidak bertanya) kemudian berlagak tahu."Terngiang-ngiang entah kenapa.
Rina keluar dari alam pemikirannya.
"Apa mesej yang cuba disampaikan daripada equation yang ana tulis kat whiteboard ni? Apa maksud bila ada ilmu = perbuatan pun macam orang berilmu?"
Ustazah memberi ruang kepada anak-anak muridnya untuk berfikir sejenak.
"Haaaa, mesej nya adalah ilmu yang kita cari ni, adalah untuk kita amalkan. Contoh paling mudah, kamu belajaq jawi supaya mudah kamu belajar bahasa Arab. Kamu aplikasikan huruf-huruf jawi dalam pembelajaran Lughah Arabiyyah. Nampak dak?
Belajaq jawi = kamu sedang mencari ilmu.
Guna balik jawi tuh untuk belajaq bahasa Arab = kamu mengamalkan ilmu kamu.
Sebenaqnya banyak lagi contoh boleh bagi tapi itu gambaran dia lah na?"
"La ni, kita cerita pasal ikhlas dalam menuntut ilmu. Dalam belajaq ni kita kena la ikhlas bermula dari segi niat. Niat kitaaa tu, penting, Lillahita'ala! Ha, tapi toksah dok ghasa macam hang dah cukup ikhlas dah hat tu pun tak bulih jugak. Kerana..... !" tegas ustazah, saja nak gerak depa yang dok lena.
Terjaga jugak dua tiga orang kat belakang tu. Mata kemain merah. Ish geram nyaaa.
"Keranaaaaaaa, ku seruuuu~ waaahhaaii anak muridku tercinta yang duduk kat belakang nuhhh! Keranaaaa! ,
"Orang yang merasa telah ikhlas dalam menuntut ilmu merupakan ciri tidak ikhlasnya ia dalam menuntut ilmu. Orang yang ikhlas justeru terus memperbaiki dirinya dan meluruskan niatnya dalam setiap amalannya dan tidak merasa dirinya telah ikhlas. Sebagaimana yang dikatakan ‘Amr, “Barangsiapa yang mengatakan dirinya adalah orang yang berilmu, maka dia adalah orang yang bodoh”.
"Ustazah, bagaimana pula dengan orang yang meniru dalam menuntut ilmu?" tanya Rina, dia menyentapkan satu kelas dengan soalannya. Niatnya hanya ingin menembak dirinya sendiri cuma peristiwa semalam masih fresh di minda rakan-rakannya.
Tersentak juga Syai.
"Mudah ja. Siapa meniru, dia tak ikhlaih hah. Sebab kalau orang dia ikhlas menuntut ilmu, dia takkan meniru kerana dia takut pada Allah SWT. Dia tawwwww Allah itu Maha Melihat.
Macam ustazah terbaca haritu kat satu blog ni dia kata,"Ini adalah buah dari ilmu yang bermanfaat, ilmu yang dicari semata-mata karena mengharap wajah-Nya. Seseorang yang telah berilmu tentang Allah, maka ia akan mengetahui keagungan dan kebesaran Rabb-nya sehingga ia akan semakin takut dan tunduk kepada-Nya serta selalu merasa diawasi oleh-Nya."
"So toksah la dok meniru na. Tak sampai tahap mampuih pun kalau hampa fail sebab tak meniru. Berjaya kerana meniru tu hodohnya amat berbanding gagal kerana ikhlas. Allah SWT lebih mengetahui niat kita yang sebenaqnya. Wallahualam, semoga kamu semua mengambil manfaat."*Kkkkkkkkkkrrrrrriiiinnnnnggggg*
Jam menunjukkan pukul 1.30pm, menandakan tamatnya sesi persekolahan pada hari itu.
----------
It's been 1 year and 7 days since I last opened this.
I never finished this story.
I won't finish it, I guess.
No comments:
Post a Comment